Wednesday, July 6, 2011

Tanglung Tradisional Korea Selatan Cheongsachorong

Cheongsachorong

Ketika anda berkunjung ke rumah tradisional di Seoul, anda tentu nampal banyak tanglung digantung di sekitar halaman. Tanglung-tanglung itu berwarna merah dan biru.

Nama tanglung merah-biru itu ialah cheongsachorong. Tanglung tersebut dipaparkan semasa perayaan dan menyambut tetamu yang istimewa pada masa silam.

Rangka tanglung dibuat daripada besi atau kayu. Kain sutera merupakan bahan untuk membuat tudung tanglung. Warna merah tudung tanglung mewakili langit dan warna biru melambang bumi. Ruang di antara merah dan biru itu bermaksud manusia.

Cheongsachorong telah digunakan sebagai lambang Sidang Kemuncak G20 Seoul yang dianjurkan di Seoul pada 2010. Ini menunjukkan bahawa cheongsachorong amat bermakna kepada orang Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Permainan Tuho Kampung Hanok
Bait Pintu Rumah Tradisional Seoul


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.