Saturday, July 30, 2011

Ubur-ubur Berbentuk UFO

Ubur-ubur

Gambar ini diambil di Akuarium Coex Seoul. Benda dalam gambar merupakan ubur-ubur berbentuk UFO bukan UFO berbentuk ubur-ubur.

Ubur-ubur boleh didapati di permukaan hingga dasar lautan di seluruh dunia. Terdapat ubur-ubur yang hidup di air tawar. Ubur-ubur tersebut biasanya lut cahaya dan tidak menyengat. Badan ubur-ubur air tawar tidak besar dan boleh tumbuh hingga 3 cm garis pusat. Ubur-ubur lebih besar dan berwarna-warni kebanyakan berbisa dan berbahaya. Ubur-ubur ini selalu muncul di kawasan pantai.

Ubur-ubur adalah karnivor dan memburu makhluk kecil dalam air untuk makanan. Ubur-ubur berjumlah besar akan mengancam manusia dan hasil lautan. Nasib baik bilangan ubur-ubur berkurangan selepas penyelidikan saintifik tentang kegunaan ubur-ubur dilaksanakan. Ubur-ubur dilaporkan bahawa boleh digunakan dalam membuat ubat, makanan dan bahan solek.

Artikle Berkaitan
Ikan Singa Berbisa
Discus Berlian Biru
Kisah Sotong Kurita
Piranha Perut Merah


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.