Sunday, December 12, 2010

Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap?

Wang Hasil Titik Peluh
DAP Melaka telah menganjur satu forum berhubung dengan belanjawan kewangan 2011 pada 27 Oktober. Tajuk forum tersebut ialah "Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap ?"

Liew Chin Tong
Ahli Parlimen Bukit Bendera Penang Liew Chin Tong merupakan salah seorang penceramah terhormat. Beliau mengutuk kerajaan BN habis-habisan. Para hadirin sungguh gembira dan bertindak balas dengan tepukan gemuruh.

Liew Chin Tong berpendapat bahawa untuk menguruskan kewangan negera dengan sempurna, Kementerian Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan harus di asingkan. Beliau bermaksud Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak patut orang yang sama. Dr Mahathir menyandang dua portfolio ini sejak beliau berkuasa.

Defisit kewangan yang makin teruk membuktikan pro dan kontra Perdana Menteri bertugas merangkap Menteri Kewangan.

Jeff Ooi
Ahli Parlimen Jelutong Penang Jeff Ooi berpolitik sambil berhibur. Beliau berucap taniah kepada orang Melaka sebagai rakyat negeri maju.

Jeff Ooi mendedahkan bahawa setelah bekas Menteri Besar Selangor kerajaan BN Mohamed Khir Toyo mengisytiharkan Selangor sebagai negeri maju, Selangor jatuh ke dalam tangan PR semasa pilihan raya umum pada Mach 2008. Ketua Menteri Melaka Mohamad Ali Rustam juga mengumumkan Melaka sebagai negeri maju. Adakah Melaka akan mengikut jejak Selangor menjadi tawanan PR pada pilihan raya umum akan datang? Ia, sungguh menarik!

Setelah menghadiri forum budget kewangan, saya masih tidak tahu dimana wang rakyat. Walaupun saya tidak mempunyai jawapan tetapi saya tahu apa yang perlu dibuat dalam pilihan raya umum ke 13.

Pautan Berkaitan
Jamuan DAP Melaka
Jamuan DAP Bentayan Johor
Ceramah Pas Sungai Rambai Melaka


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.