Saturday, July 16, 2011

Gerai Kemudahan Toegyero Seoul Korea Selatan

Gerai Kemudahan

Jika anda telah melancong ke Seoul, mungkin anda pernah lihat gerai kemudahan berbentuk segi empat tepat di sepanjang jalan yang sibuk.

Walaupun gerai ini tidak besar sangat tetapi anda dapat membeli pelbagai benda yang diperlukan. Lelah mengembara, berhenti untuk rehat sebentar. Teguk minuman buatan Korea Selatan dan meneruskan perjalanan anda.

Sekiranya anda hendak menaiki bas atau subway, Upass dan Tmoney boleh didapati di gerai kemudahan. Dengan memiliki Upass atau Tmoney, anda mampu ke mana-mana pelusuk di Seoul.

Related Links
Restoran Mini Toegyero Seoul
Stesen GS Caltex Toegyero Seoul
Kafe Paris Baguette Toegyero Seoul


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.