Tuesday, June 21, 2011

Bait Pintu Rumah Tradisional Seoul

Bait Pintu

Orang Cina gemar menampal bait di pintu semasa Tahun Baru Cina pada masa dahulu. Sebenarnya orang Korea Selatan juga suka buat demikian.

Bait Pintu

Kedua-dua gambar diambil ketika saya berkunjung Kampung Hanok Namsangol di Seoul. Bait didapati di pintu rumah tradisional. Ayat pertama bermaksud selamat tahun baru dan ayat kedua merupakan berpesta berturut-turut.

Bait Cina ditulis di kertas merah dengan dakwat hitam. Manakala, bait Korea Selatan ditulis di kertas putih dengan dakwat hitam. Orang Cina percaya bahawa warna merah melambang bertuah tetapi orang Korea Selatan menganggap warna merah itu berbahaya. Patutlah, saya tidak pernah jumpa kereta buatan Korea Selatan berwarna merah. Namun begitu, yin yang terdapat di bendera Korea Selatan adalah gabungan warna merah dan biru.

Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Punjung Ladang Kampung Hanok
Permainan Tuho Kampung Hanok


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.