Monday, June 27, 2011

Tempayan Kimchi Di Halaman Rumah Tradisional Seoul

Tempayan Kimchi

Di halaman rumah tradisional Kampung Hanok Namsangol Seoul didapati pelbagai tempayan. Orang Korea menggunakan tempayan-tempayan itu untuk menyimpan kimchi.

Kimchi mesti dijeruk dalam suhu yang sesuai supaya dapat mengekalkan kelazatan dan kesegaran. Pada masa dahulu, tempayan kimchi diletak di tempat berlainan dalam musim berbeza. Tempayan kimci di rendam ke dalam perigi atau anak sungai pada musim panas. Manakala pada musim sejuk, tempayan kimchi ditimbus di bawah tanah.

Menurut informasi yang terdapat di Pulmuone Kimchi Museum COEX Mall Seoul, kimchi mengandungi vitamin A and C. Selain daripada itu, kimchi juga kaya dengan kalian seperti besi, kalsium dan fosforus.

Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Permainan Tuho Kampung Hanok
Bait Pintu Rumah Tradisional Seoul


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.