Sunday, June 19, 2011

Facebook Cuti-Cuti 1Malausia Bernilai 1.8 Juta

Facebook

Menteri Pelancongan Malaysia Dr Ng Yen Yen sekali lagi terlibat dalam pertikaian dengan parti pembangkang. DAP Ahli Paliemen Rasah Seremban Anthony Loke menuduh Dr Ng Yen Yen menyalahgunakan dana awam dengan mengupah Impact Creations, sebuah syarikat rangkaian internet untuk menyediakan laman peminat Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia.

Perkhidmatan laman peminat Facebook adalah percuma tetapi Kementerian Pelancongan Malaysia memperuntukkan sebanyak 1.8 juta untuk perkhidmatan tanpa bayaran ini. Dr Ng Yen Yen memang bijak berjenaka. Patutlah Anthony Loke mendakwa Dr Ng Yen Yen dengan gembira! Oleh kerana Dr Ng Yen Yen menghadapi masalah, beliau terpaksa menjawab seboleh-bolehnya. Malah Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin juga menggesa Dr Ng Yen Yen menjelaskan di Kabinet.

Memandangkan kedua pihak tidak kata sepakat dan tetap dengan pendapat masing-masing, keputusan mesti amat menarik!

Artikel Berkaitan
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap
1Malaysia Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.