Saturday, June 18, 2011

Mesin Pintal Purba Di Kampung Hanok Namsangol

Mesin Pintal Purba

Apakah alat ini? Mungkin anda pernah lihat gambar rajah alat ini dalam buku teks.

Pelbagai alatan pertanian kuno yang dipelihara dengan baik didapati dalam Kampung Hanok Namsangol Seoul. Mesin pintal kendalian tangan ini merupakan salah satu alatan tersebut. Adakah mesin pintal ini sama dengan mesin pintal di negara anda pada masa dahulu?

Kebanyank petani Korea Selatan zaman purba hidup dalam kesederhanaan. Suri rumah harus membantu di sawah atau kebun. Mereka juga perlu menguruskan kerja rumah. Di samping itu, mereka terpaksa mencari masa untuk memintal benang dan menenun kain.

Artikel Berkaitan
Punjung Ladang Kampung Hanok
Permainan Tuho Kampung Hanok
Kraftangan Kertas Kampung Hanok


2 comments:

  1. Hai saya amat tertarik dengan blog encik yg memaparkan kisah encik dan keluarga di Korea. saya amat teringin utk melanjutkan pelajaran di Korea tetapi saya tidak tahu bagaimana utk memohon nya . setahu saya , anak encik belajar di korea ? bagaiman dia memohon dan apakah jurusan yang dia ambil ? Terima kasih atas jawapan encik nanti .

    ReplyDelete
  2. Che Siti:
    Berhubung dengan pertanyaan anda sila rujuk artikel saya yang bertajuk: Melanjutkan Pelajaran Di Institusi Tinggi Di Korea Selatan.

    ReplyDelete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.