Orang Cina gemar menampal bait di pintu  semasa Tahun Baru Cina pada masa dahulu. Sebenarnya orang Korea Selatan juga  suka buat demikian.
Kedua-dua gambar diambil ketika saya  berkunjung Kampung Hanok Namsangol di Seoul. Bait didapati di pintu rumah  tradisional. Ayat pertama bermaksud selamat tahun baru dan ayat kedua merupakan  berpesta berturut-turut.
Bait Cina ditulis di kertas merah dengan  dakwat hitam. Manakala, bait Korea Selatan ditulis di kertas putih dengan dakwat  hitam. Orang Cina percaya bahawa warna merah melambang bertuah tetapi orang  Korea Selatan menganggap warna merah itu berbahaya. Patutlah, saya tidak pernah  jumpa kereta buatan Korea Selatan berwarna merah. Namun begitu, yin yang  terdapat di bendera Korea Selatan adalah gabungan warna merah dan biru.
Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Punjung Ladang Kampung Hanok
Permainan Tuho Kampung Hanok
Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Punjung Ladang Kampung Hanok
Permainan Tuho Kampung Hanok
 


 
 
 
 
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.