Wednesday, June 8, 2011

Rumah Tradisional Kampung Hanok Namsangol Seoul

Hanok

Terdapat lima buah bangunan tradisional dalam Kampung Hanok Namsangol di Seoul.

1. Surau Yun Taekyong di Jegidong
2. Rumah Permaisuri Yun Sunjeonghyo di Ogindong
3. Rumah Dophyeonsu Lee Seugup di Samgakdong
4. Rumah Bumadowi Park Yonghyo di Gwanhundong
5. Rumah Owijang Kim Chunyoung di Samcheongdong


Kelima-lima rumah ini telah dialih dan dipulih dalam Kampung Hanok Namsangol. Oleh kerana terlalu usang, kediaman keluarga Yun dibina semula dalam Kampung Hanok Namsangol

Orang Korea Selatan memang gigih dalam memelihara warisan kebudayaan mereka. "Dasar Pandang Timur' telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad sejak 1981. Bagaimanakah akhirnya? Jawapannya sungguh menarik.

Artikel Berkaitan
Kafe Nyaman Asrama Belia Seoul
Alatan Senaman Asrama Belia Seoul
Pusat Pertukaran Budaya Belia Seoul


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.