Friday, February 5, 2010

Mangkuk Dan Penyepit Keluli Korea Selatan

Mangkuk Dan Penyepit Keluli Korea Selatan
Gambar terpapar di atas merupakan mangkuk dan penyepit keluli Korea Selatan. Mangkuk keluli ini tidak mahal, tiga biji berharga 5000Won. Oleh kerana mangkuk keluli ini mempunyai banyak kegunaan, isteri saya sungguh menggemarinya.

Semasa melancong ke Korea Selatan, kami telah membeli agak banyak makanan ringan dan cenderamata. Kami tidak membeli mangkuk dan penyepit keluli ini. Isteri saya amat menyesal dan memesan anak membeli mangkuk dan penyepit keluli tersebut ketika kembali dari Korea Selatan.

Mangkuk Dan Penyepit Keluli Korea Selatan
Mangkuk keluli dengan penutup boleh diguna untuk mengisi pelbagai barang termasuk nasi, sup, sajian, kek, kuih-muih, buah-buahan, pencuci mulut dan makanan ringan. Walaupun penyepit keluli telah diguna beberapa tahun, ia masih bersinar seperti baru dibeli.

Pautan Berkaitan

Pembuka Sampul Surat Korea Selatan

Gelang Kunci Pulau Jeju Korea Selatan

Gelang Tangan Amethyst Korea Selatan


1 comment: