
Menara Jam Tan  Beng Swee terletak di Dataran Belanda di Melaka. Pada tahun 1886, Dermawan Tan  Jiak Kim yang berasal dari Singapura membina menara jam tersebut sebagai  kenangan kepada  ayahnya yang bernama Tan Beng Swee.
Pada masa  dahulu, jam merupakan barang mewah. Menara Jam Tan Beng Swee telah memainkan  peranan penting pada abad ke-19 dengan memberitahu masa yang tepat kepada orang  ramai.
Jam-jam  Inggeris asal telah digantikan oleh jam-jam buatan Jepun pada tahun 1982.  Pertukaran itu telah menimbulkan bantahan warga emas Melaka yang pernah  menderita kesengsaraan semasa pemerintahan Jepun.
Tan Jiak Kim  mengikut jejak datuknya, Tan Kim Seng menceburi kebajikan komuniti. Kerajaan  1Malaysia seharusnya mencontohi keluarga Tan untuk melaksanakan polisi yang adil  supaya dapat sokongan rakyat.
Pautan Berkaitan
Gereja Christ Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Pautan Berkaitan
Gereja Christ Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka
 


 
 
 
 
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.