Wednesday, June 2, 2010

Zoo Melaka

Zoo Melaka
Zoo Melaka terletak di Air Keroh, Melaka. Jarak Zoo Melaka tidak sampai 5 minit dari Tol Air Keroh. Sekiranya anda menuju ke Bandar Melaka dari Tol Air Keroh, Zoo Melaka berada di sebelah kiri anda.

Zoo Melaka dibuka 7 hari seminggu. Masa melawat adalah dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang. Bayaran masuk ke Zoo Melaka tidak mahal, RM 7 untuk dewasa, RM 4 untuk kanak-kanak dan RM 2 unutk pelajar yang berseragam. Tempat meletak kenderaan disediakan. Pemilik kenderaan harus membayar RM 2 setiap kemasukan.

Zoo Melaka juga dibuka pada malam Jumaat, Sabtu dan malam cuti am dan cuti sekolah. Bayaran masuk adalah RM 10 untuk dewasa, RM 8 untuk kanak-kanak dan RM 4 untuk pelajar berseragam. Zoo Malam Melaka dibuka dari 8 malam hingga 11 malam.

Harimau Malayan
Terdapat sebanyak 100 jenis haiwan di Zoo Melaka termasuk burung, mamalia, amfibia dan reptilia. Pelawat akan kagum menonton pelbagai haiwan itu. Haiwan yang paling menarik perhatian saya ialah harimau Malayan.

Menurut informasi Zoo Melaka, pembinaan gua-gua harimau Malayan membelanjakan RM 2.8 juta. Rakyat Malaysia berpendapatan rendah bekerja sepanjang hayat hanya mampu mempunyai kediaman yang berharga berpuluh ribu ringgit sahaja. Kedudukan orang Malaysia ternyata rendah daripada haiwan. Adakah ini yang Perdana Menteri 1Malaysia Datuk Sri Najid selalau mengutarakan pada akhir-akhir ini ?

Kuda Belang Grant's
Kuda belang Grant's mundar-mandir di hadapan saya, seolah-olah mempersembahkan pertunjukan fesyen. Berbanding dengan padang rumput Afrika yang tiada terbatas, kandang kuda belang Grant's ini kelihatan terlalu sempit. Kuda belang Grant's tidak mampu memacu dengan pantas. Tanpa pilihan lain, kuda belang Grant's terpaksa berjalan perlahan-lahan.

Burung Camar
Saya tidak pasti tentang burung dalam gambar di atas kerana tidak dapat cari papan keterangan. Jika tidak silap saya, burung ini seekor burung camar. Nasib baik, burung camar ini hanya berpose di depan lensa dan tidak seperti burung camar di Perth, Australia yang mengejar pelancong. Kalau tidak, saya telah dipatuk oleh burung camar tersebut.

Trem Zoo Melaka
Kalau anda tidak ingin berjalan kaki, anda boleh menaiki trem yang bergerak di sekitar zoo. Anda menduduk di trem dan menikmati bermacam-macam haiwan liar dalam zoo dengan tidak tergesa-gesa.

Pautan Berkaitan :
India Kecil Melaka--Jalan Bendahara

Perayaan Hari Kanak-Kanak Di Malaysia

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010


No comments:

Post a Comment