Tuesday, January 21, 2014

Gerbang St Paul Macau

Gerbang St Paul

Gerbang St Paul merupakan lokasi pelancongan pertama yang kami melawat ketika bercuti di Macau.

Rua Do Tarrafeiro

Bertolak dari Hotel Sofitel Ponte 16, kami berjalan kaki ke Gerbang St Paul melalui Rua Do Tarrafeiro yang sempit.

Gerbang St Paul

Berjalan sambil mengambil foto sepanjang Rua Do Tarrafeiro, kami tiba di Gerbang St Paul dalam jangka masa 20 minit.

Gerbang St Paul

Hujan turun dengan renyai-renyai pada awal pagi itu. Nasib baik hujan berhenti tepat pada masanya kami sampai di Gerbang St Paul.

Gerbang St Paul

Ingat bangun awal semasa mengembara untuk mengelakkan kesesakan di tempat menarik pelancongan. Anda akan menghadapi masalah penuh sesak sekiranya anda bangun lewat.

Gerbang St Paul

Gerbang St Paul ialah pintu utama Gereja St Paul pada masa dahulu. Gereja St Paul dijilat api pada tahun 1853. Dalam kebakaran itu seluruh bangunan hangus kecuali dindin depan dan tangga batu di hadapan gereja tersebut.

Gerbang St Paul

Bahagian depan dan belakang Gerbang St Paul benar-benar berbaza. Ukiran di bahagian depan sungguh unik tetapi bahagian belakang seperti dinding biasa saja. Pelancong asyik mengambil gambar ketika melalui Gerbang St Paul.

St Paul Macau

Foto berhubung dengan perubahan Gereja St Paul dipamirkan di tapak sejarah St Paul.

Informasi Gereja St Paul boleh diperolehi dari foto tersebut. Pelawat suka berfoto di depan foto bersejarah itu. Mereka tidak menyangka telah menjadi peragawati awam.


Patung Gansa Macau

Patung gangsa yang melambangkan persahabatan antara Negera Cina dan Negara Portugal dibina di Dataran St Paul.

Terdapat dua patung gangsa iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Patung gangsa lelaki mewakili Negara Portugal. Patung gangsa perempuan yang memegang bunga menggambarkan Negara Cina.


Baca Macau

Beca untuk pengunjung berfoto disediakan oleh Jabatan Pelancongan Macau di Dataran St Paul. Anda boleh mengambil gambar sepuas-puasnya bersama beca tanpa sebarang bayaran.

Sekiranya di Malaysia, anda tentu perlu membayar sebelum mengambil foto. Masa untuk bergambar dengan beca tujuh hari seminggu dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang.


St Paul Macau

Di sebelah kanan belakang Gerbang St Paul ada sederet kubur. Menurut penyelidikan arkeologi kerajaan Macau, mayat mubaligh dikebumikan di kubur itu.

Kerajaan Macau memulihkan tapak gereja dengan seboleh-bolehnya dan dibuka untuk pelancong melawat. Langkah ini bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan kepada orang awam malahan dapat meningkatkan ekonomi Macau.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
915 Pilihanraya Macau
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.