Saturday, May 10, 2014

Kenangan Manis Di Pulau Pinang


Pulau Pinang

Saya pernah bermastautin di Pulau Pinang selama 14 minggu sebelum bersara.

SEAMEO RECSAM

Pada masa itu, saya berkursus dalam perkhidmatan di SEAMEO RECSAM di Pulau Pinang.

Peta SEAMEO RECSAM

Terletak di jalan Gelugor (Jalan Sultan Azlan Shah), SEAMEO RECSAM kebetulan berada bertentangan dengan Stesen Minyak Shell.

Pulau Pinang

Selalu mengambil angin di Pulau Pinang pada hujung minggu. Tidak dapat menyimpan keistimewaan Pulau Pinang dalam kamera kerana saya tidak memiliki kamera digital pada ketika itu.

Konvokesyen USM

Oleh kerana anak belajar di USM, saya terpaksa ulang-alik antara Melaka dan Pulau Pinang. Selepas tamat pengkajian di USM, anak saya melanjutkan pelajaran di University of the West of England di Bristol United Kingdom.

Malaysia Hotel

Semasa menghadiri konvokesyen anak di USM, kami menginap di Hotel Malaysia di Jalan Penang yang meriah. Lokasi dan bayaran bilik tamu Hotel Malaysia tidak menjadi masalah tetapi ruang tempat meletak kereta terlalu terhad.

PWG Odeon

Berjalan-jalan di sepanjang Jalan Penang, ternampak sebuah panggung wayang tradisional. Panggung wayang tradisional beransur terpupus, PWG Odeon merupakan pengecualian yang menarik. Tidak pasti PWG Odeon masih beroparasi pada masa kini.

Hotel Teruk

Kunjungan terakhir ke Pulau Pinang ialah pada tahun 2009. Lawatan itu ke Pulau Pinang ialah untuk menghidiri majlis perkahwinan anak saudara.

Kali ini, kami bermalam di sebuah hotel teruk yang di bawah pengurusan sebuah perbadanan transnasional. Di luar sangkaan saya bahawa keadaan hotel tersebut sungguh mengecewakan.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.