Monday, April 27, 2009

Hotel 4 Bintang Pulau Pinang Yang Teruk

Hotel Berjaya George TownSaya dan isteri pergi ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu majlis perkahwinan anak saudara pada bulan Mac. Saya menempah sebuah bilik hotel sebelum bertolak ke Pulau Pinang. Hotel ini terletak di George Town, Pulau Pinang. Ia adalah sebuah hotel 4 bintang. Saya membayar RM 165 untuk bilik hotel tersebut.

Hotel Berjaya George Town
Apabila tiba di Pulau Pinang, saya menguruskan pendaftaran masuk dengan serta merta. Oleh kerana kami tergesa-gesa bagi mencari lokasi jamuan perkahwinan, kami tidak membawa bagasi ke bilik hotel. Kami balik ke hotel setelah tahu tempat yang mengadakan jamuan malam itu. Kami betul-betul kecewa dengan keadaan bilik hotel yang teruk itu. Kami tidak meminta untuk menggantikan bilik kerana kami terburu-buru untuk menghadiri jamuan malam.

Kami mendaftar keluar pada pagi keesokan. Hotel ini adalah di bawah pengurusan sebuah perbadanan transnasional. Saya tidak akan menginap di mana-mana hotel yang diuruskan oleh perbadanan transnasional tersebut pada masa akan datang. Apakah akibat sekiranya seseorang pelancong asing mengalami kejadian yang memalukan ini semasa melancong di Malaysia ?

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.