Tuesday, May 13, 2014

Gambar Teluk Intan Perak


Teluk Intan

Ketika bercuti di Teluk Intan, kami mengambil foto di sekitar Teluk Intan.

Teluk Intan

Seorang pelancong sedang mengambil gambar di jalan yang sibuk di Teluk Intan.

Teluk Intan

Deret kedai yang terdapat di Teluk Intan. Bangunan lama ini merupakan warisan sejarah Teluk Intan.

Teluk Intan

Bangunan lama yang didapati di Teluk Intan patut dikekalkan supaya warisan kebudayaan berbilang kaum di Malaysia terpelihara.

Klinik kesihatan Teluk Intan

Klinik Kesihatan Teluk Intan yang siap bina pada tahun 2010. Tidak pasti sama ada perkhidmatan yang tersedia setaraf dengan bangunan yang canggih itu.

Memancing Ikan

Kami bertemu dua orang pemuda semasa mengambil angin di persisiran Sungai Perak. Pemuda yang mesra itu sedang berseronok memancing ikan di sebuah jeti.

Basikal Tua

Sebuah basikal tua terletak di lorong belakang bangunan kedai. Keadaan ini menunjukkan Teluk Intan sebuah bandar aman tenteram dan keselamatan awam terjamin.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Hotel Anson Teluk Intan
Profil Google Zuiyanhong
Menara Condong Teluk Intan

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.