Saturday, May 3, 2014

Taman Awam Bukit Fraser


Taman Awam Bukit Fraser

Terdapat sebuah taman awam di Bukit Fraser.

Taman Awam Bukit Fraser

Taman awam ini terletak di sebelah Medan Selera Bukit Fraser.

Taman Awam Bukit Fraser

Pelbagai kemudahan permainan kanak-kanak tersedia di taman awam.

Taman Awam Bukit Fraser

Kami ambil angin di taman awam setelah menikmati nasi kerapu di medan selera.

Trikke

Alat dalam gambar di atas ialah trikke. Anda boleh menyewa trikke dan bermain di taman awam.

Padang Golf Mini

Gambar ini menunjukkan padang golf mini. Anda boleh cuba main golf mini di taman awam di Bukit Fraser.

Taman Awam Bukit Fraser

Bayaran sewaan trikke dan peralatan golf mini terpapar dengan jelas. Bayaran dibahagikan kepada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak.

Taman Awam Bukit Fraser

Sekiranya anda tidak ingin bermain atau bersenam, anda boleh duduk atau bersiar-siar di taman awam sambil mengamati landskap pesona Bukit Fraser.

Bunga Merah

Bunga berwarna merah ini sungguh cantik. Entah apa nama bunga merah ini? Pihak Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser patut sediakan papan penerangan.

Taman Awam Bukit Fraser

Gambar ini merupakan notis masa operasi taman awam Bukit Fraser.

Sebenarnya notis ini berhubung tentang masa untuk menyewa peralatan permainan di taman awam. Anda boleh beristiraha di taman awam pada bila-bila masa.


Bukit Fraser

Berkunjung ke Bukit Fraser sebagai pelawat bertamadun yang tidak mementingkan diri sendiri.

Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser supaya keindahan dan semula jadi Bukit Fraser dapat kekal abadi.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Malam Pesona Bukit Fraser
Jalan Sehala Ke Bukit Fraser
Resort Silver Park Bukit Fraser

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.