Friday, March 2, 2012

Kejadian Penyelewengan Peruntukan SJKC Kung Yu

SJKC Kung Yu

Akibat daripada dakwaan potongan 30% bantuan kerajaan Kedah, isu penyelewengan peruntukan SJKC Kung Yu di Muar menimbul sekali lagi.

Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Bukit Kepong membongkarkan skandal tersebut di jamuan makan Hari Guru pada tahun 2006. Dana kerajaan untuk membaik pulih SJKC Ai Hwa di Panchor dan SJKC Kung Yu di Kundang Ulu telah disalahguna. Sebanyak RM30000 disalurkan ke SJKC Kung Yu tetapi kerja yang dibuat hanya bernilai RM3000.

Bertindak balas terhadap teguran, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga menghadiri jamuan makan itu, mengutuk pegawai kerajaan yang disyaki rasuah dengan keras. Kritikan itu berakhir dengan tuduh-menuduh antara Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tikam lidah antara kedua-dua pemimpin Barisan Nasional telah diselesaikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting. Selepas itu, SJKC Kung Yu mendapat semula duit untuk meningkat taraf bangunan sekolah.

Dengan bantuan Datuk Seri Ong Tee Keat, SJKC Kung Yu memperoleh sejumlah 1.2 juta untuk membina semula kemudahan sekolah. Akhirnya, sebuah auditorium dan sebuah bangunan bertingkat tiga disiap bina pada tahun 2008.

Oleh kerana berani mendedahkan kebenaran, Datuk Seri Ong Ka Ting mengekalkan kerusi parlimen Pandan dalam pilihan umum yang lalu. Walau bagaimanapun, calon parlimen MCA Selangor yang lain semua ditewaskan dalam Tsunami Politik 308.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Kak Tunda Kereta MCA Malaysia Jessie Ooi
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen Terasa Pedas
Pertarungan Antara Bruce Lee Dan Chua Soi Lek


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.