Tuesday, July 5, 2011

Keunggulan Polis Diraja Melaka

Polis

Ketika Polis Diraja Malaysia sedang menghadapi gerun kuning, polis Melaka telah berkhidmat dengan cemerlang kepada orang ramai Kota Bersejarah.

Semasa saya menuju ke destinasi  untuk menghadiri jamuan anjuran DAP pada malam Ahad, saya disekat sebelum sampai di Restoran YPL di Malim Jaya Melaka. Kebanyakan tetamu jamuan berpendapat bahawa pihak polis sengaja menimbulkan kesesakan jalan raya.

Saya tidak setuju tentang tutuhan tersebut kerana polis bertujuan untuk memastikan jamuan dapat diadakan dengan sempurna. Di samping terdapat sekatan jalan raya di sekitar Malim Jaya, ramai polis ditempatkan di Restoran YPL. Tindakan polis ini merupakan langkah berjaga-jaga supaya dapat menghalang pengacau melakukan kekacauan.

Dengan perlindungan polis, tetamu jamuan menikmati hidangan dengan selesa. Penceramah-penceramah juga memuji perkhidmatan unggul yang dipamirkan oleh polis Melaka.

Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
Pembaris Kuning Dalam Sanubari Rakyat Malaysia


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.