Thursday, March 14, 2013

Muzium Sungai Lembing Pahang

Muzium Sungai Lembing

Selepas bersarapan, kami beralih ke Muzium Sungai Lembing untuk meneroka sejarah Sungai Lembing.

Muzium Sungai Lembing adalah bawah pentadbiran Muzium Negara. Penubuhan Muzium Sungai Lembing bermisi untuk menyebarkan sejarah lombong bawah tanah di Sungai Lembing.


Muzium Sungai Lembing

Muzium Sungai Lembing terletak di lereng bukit yang tidak jauh dari pekan Sungai Lembing. Anda boleh berjalan kaki dari pekan Sungai Lembing ke Muzium.

Pahang Consolidated Company Limited (PCCL), sebuah syarikat lombong yang diuruskan oleh orang British dari 1906 hingga 1986. Syarikat tersebut memiliki lombong bawah tanah yang terbesar dan terdalam di dunia.


Muzium Sungai Lembing

Menjejak ke dalam Muzium seperti kembali ke Sungai Lembing pada zaman dulu.

Gambar ini merupakan pintu masuk ke lombong bawah tanah. Benda yang terdapat di luar pintu itu gerabak memikul bijih timah.


Muzium Sungai Lembing

Mendulang ialah cara perlombongan bijih timah yang paling lama. Biasanya, kaum wanita yang terlibat dalam pekerjaan mendulang.

Menurut maklumat terpapar di papan kenyataan muzium, kerajaan hanya mengeluarkan lesen kepada kaum wanita menjalankan mendulang.

Selain mendulang, cara melombong bijih timah termasuk pam kelikir, kapal korek, lombong dedah dan lombong bawah tanah.


Muzium Sungai Lembing

Muzium Sungai Lembing dibuka sepanjang tahun kecuali pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Bayaran: Percuma
Telefon: 09-5412378
Masa: 9:00 hingga 5:00 petang

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Country View Inn Sg Lembing
Kamera Membawa Kegembiraan
Informasi Penginapan Sg Lembing
Lembin Village Resort Sg Lembing

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.