Sunday, January 13, 2013

Santapan Pertama Di Eropah

De Koe

Kami berkumpul di depan Restoran De Koe apabila tiba di Volendam, Belanda. Sebaik sahaja pemandu pelancong memberi isyarat, kami masuk ke dalam restoran dengan segera untuk mencari tempat duduk.

Pelayan wanita yang berpakaian tradisi Belanda sibuk menghidangkan makanan. Mereka berulang alik seperti pesawat yang terbang tidak berhenti-henti.


Fillet Ikan

Santapan pertama kami ketika menggembara di Eropah ialah makan tengah hari pada pukul 12:00 di Volendam. Hidangan utama merupakan fillet ikan yang rasanya agak masin. Errrr...... terlupa apa ikan itu! Agaknya ikan salmon.

Salad Sayur-sayuran

Selain fillet salmon yang masin itu, terdapat semangkuk sup dan semangkuk besar salad sayur-sayuran.

Mungkin pelancong terlalu ramai dan perniagaan terlalu baik. Pelayan menghidang dan membersihkan meja cepat seperti kilat. Hidangan pertama kami di Eropah berakhir tergesa-gesa.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam
Muzium Dan Pusat Kraft Zaanse Schans

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.