Sebelum bersara, perselisihan selalu berlaku di antara saya dan ketua jabatan. Kemungkinan pendapat kami tidak sehala.
Berkhidmat sebagai seorang guru berdekat-dekat lamanya, saya sentiasa menghadapi masalah yang ditimbulkan olen ketua saya. Saya sungguh bernasib baik kerana segala masalah itu dapat diatasi dengan sokongan yang diberikan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK).

Sekiranya saya bukan ahli KPPK, tentulah saya terpaksa mengalami pelbagai kerumitan. Oleh itu, saya amat bersyukur kepada KPPK yang telah menghulurkan bantuan kepada saya.
KPPK merupakan sebuah kesatuan yang menyediakan perlindungan kepada para guru di Malaysia. "Bersatu teguh bercerai rubuh", menyertailah KPPK kalau anda seorang guru yang berkhidmat di Malaysia untuk menjaminkan hak asasi anda.


0 comments:
Post a Comment