Friday, August 3, 2012

Ambiga Membersihkan Udara Melaka

Ambiga

Presiden Bersih Ambiga merupakan seorang tokoh yang amat ditakuti Barisan Nasional. Oleh sebab itu, Barisan Nasional cuba seboleh-bolehnya menghalang Ambiga bertemu dengan penyokongnya.

Akhirnya Ambiga berjaya muncul di Melaka. Beliau adalah salah seorang pemimpin terhormat yang menghadiri Konsert Bersih dan Anti-Lynas Melaka pada 13 Julai.

Sebenarnya Ambiga seorang wanita yang mesra. Sungguh pelik mengapa Barisan Nasional takut akan Ambiga? Adakah Barisan Nasional begitu rapuh dan lemah?

Disebabkan tunjuk perasaan di Merlimau, di mana Ambiga berada dirahsiakan untuk mengelakan kekacauan yang akan ditimbulkan oleh UMNO dan Perkasa.

Ambiga besar hati bahawa orang Melaka menyokong sepenuh kepada Bersih dan Anti-Lynas. Dalam ucapannya, Ambiga mengatakan perjuangan demokrasi Melaka terkini bermula sejak isu Bukit Cina pada tahun 1985. Beliau memuji rakyat Melaka berani menuntut hak diri sendiri.

Ambiga berharap pilihan raya umum ke-13 dapat dilaksanakan dengan adil dan bersih.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Panda Malaysia Altantuya Dan Scorpene
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.