Thursday, August 16, 2012

Mi Daging Lembu Tangkak Johor

Restoran Mi Daging Lembu

Dalam perjalanan ke Segamat untuk menghadiri Perhimpunan 729, kami singgah di Tangkak untuk menikmati mi daging lembu yang sedap.

Sebelum itu, kami telah lalu Tangkak dua kali ketika pergi ke Kota Bharu Kelantan dan Pengerang Johor. Kedua-dua kali itu, kami tiba di Tangkak terlalu awal. Restoran mi daging lembu belum mula berniaga. Kami terlepas peluang merasai mi daging lembu yang masyhur.

Jarak dari Merlimau ke Segamat tidak sejauh seperti Kota Bharu atau Pengerang. Kami tidak perlu bertolak awal. Jadi kali ini kami dapat makan mi daging lembu yang enak.


Mi Daging Lembu

Mi daging lembu Tangkak amat terkenal. Ramai pengemar mi daging lembu datang dari merata tempat ke Tangkak. Selain restoran di Tangkak, terdapat cawangan di Melaka dan Kuala Lumpur.

Ramuan mi daging lembu termasuk ofal lembu, perut lembu, daging lembu, daun bawang, bebola daging lembu dan bawang putih cincang. Pelanggan boleh memilih kway teow atau mihoon bercampur dengan bahan-bahan ini. Sekiranya anda tidak makan ofal lembu, ingat memberi tahu pelayan restoran.

Jika kebetulan anda berada di Tangkak, anda boleh cuba hidangan Tangkak ini.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bandar Maharani Muar Johor
Sekolah Menengah Chung Hwa
Kopitiam 434 Sai Kee Muar Johor

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.