Wednesday, May 26, 2010

Kaktus Memekar Bunga Merah



Share

Kaktus

Semasa Tahun Baru Lunar pada bulan Februari tahun ini, isteri saya membeli tiga kaktus kecil di Tesco. Anak sulung saya membawa salah satu kaktus itu ke Selangor. Kaktus yang kedua menerbang ke Seoul bersama anak bongsu saya. Isteri saya menyimpan kaktus yang ketiga di rumah kami.

Kaktus Memekar Bunga Merah
Saya mendapati bahawa kaktus berbunga ketika saya sedang menyapu lantai di depan rumah. Saya sungguh kagum melihat keadaan itu. Saya tidak sabar untuk mengambil beberapa gambar kaktus yang berkembang.

Daya hidup kaktus amat luar biasa. Walaupun persekitaran paling teruk, kaktus tetap hidup dengan gigih. Kaktus melambangkan ketabahan dan tidak akan menyerah dengan mudah. Kaktus memekar merupakan mencapai kejayaan yang cemerlang setelah berusaha dengan sedaya upaya.

Pautan Berkaitan
Peminat Muda Micheal Jackson

Menikmati Teh Dari United Kingdom

Menghadiri Konvokesyen Anak Di Hotel Shangri-La

0 comments:

Post a Comment