Wednesday, January 15, 2014

Gambar Kota Kinabalu Sabah

Suria Sabah

Selepas makan malam, kami bersiar-siar sambil mengambil foto di sekitar Kota Kinabalu.

Tugu Peringatan Malaysia

Didirikan di Jalan Tugu, Tugu Peringatan Malaysia tidak jauh dari Restoran Makanan Laut Welcome.

Kafe Sugar Bun

Kafe Sugar Bun dibanjiri peminat setia. Kami ingin singgah untuk menikmati kopi tetapi tiada meja kosong.

Restoran Luigi Malones

Restoran Luigi Malones yang terang benderang berhampiran dengan Pasar Malam Filipina. Sudah lama restoran ini berhenti berniaga, mungkin disebabkan sambutan kurang memuaskan.

Patung Ikan Todak

Berjalan lurus dari Jalan Datuk Salleh Sulong (Jalan Segama 2) ke Jalan Tun Fuad Stephens. Anda akan nampak patung ikan todak menegak di bulatan ketika tiba di persimpangan jalan.

Oldtown Kopi Putih

Kota Kinabalu juga ada Oldtown White Coffee. Oldtown White Coffee ini terletak di sebelah Kedai Kopi Fu Yuan.

Kopi putih bukan terdapat di seluruh Malaysia saja. Semasa kami melancong di Macua, kopi putih pun didapati di pasar raya macau.



Wisma Intiutama berbentuk segi tiga ini bertentangan dengan Balai Polis KK.

Bahagian depan bangunan sama dengan bangunan biasa tetapi bahagian belakang bagunan sungguh pelik. Sebabnya bangunan unik ini dibina berdasarkan bentuk tanah yang bersegi tiga.


Gerbang Jalan Istana

Gerbang ini berada di persimpangan Jalan Istana. Dari persimpangan ini, anda boleh pergi ke istana dan Bukit Signal.

Menara Jam Atkinson dibinakan di kaki Bukit Signal. Anda boleh berkunjung ke Menara Jam Atkinson lalu berjalan kaki ke Menara Meninjau Bukit Signal.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ambil Angin Di Pulau Sapi
Bangunan Infor Pelancongan
Jesselton Point Kota Kinabalu

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.