Sunday, February 2, 2014

Malam Pesona Jeju

Malam Jeju

Kami mengikut jalan di depan gerai sushi ke Bandar Jeju selepas mengisi perut.

Karaoke Jeju

Cuba meneka apa kedai ini? Berdasarkan tulisan di papan iklan, mungkin sebuah karaoke.

Malam Jeju

Jalan raya Bandar Jeju di landa tusnami kenderaan. Kedai di sepanjang jalan terang-benderang. Cahaya yang bersinar-sinar tersebut menerangi langit Bandar Jeju.

Hotel Gaia

Terdapat sebuah Parti Politik 7-11 di Malaysia. Secara kebetulan sebuah Hotel 7-11 didapati di Jeju. Sebenarnya itu sebuah Kedai Serbaneka 7-11 yang terletak di Hotel Gaia.

ABC-Mart

ABC-Mart ialah sebuah kedai menjual kasut jenama. Selain kasut jenama, kedai ini juga jual produk sukan lain. Myeongdong di Seoul juga ada sebuah ABC-Mart yang lebih besar skalanya.

Kafe Tom N Toms

Tiba di Kafe Tom N Toms, berhenti untuk menekan pengatup kamera Nikon. Kafe Tom N Toms berada di seberang jalan. Kereta lalu dengan laju seperti kilat. Jika tidak kami ingin menikmati rasa kopi Kafe Tom N Toms.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Batu Kepala Naga Pulau Jeju
Lapangan Terbang Pulau Jeju
Kampung Rakyat Seongeup Jeju

2 comments:

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.