Tuesday, February 12, 2013

Kedai Cenderamata Volendam Belanda

Kedai Cenderamata

Selepas menikmati santapan pertama di Eropah, kami mengambil angin di sekitar Volendam.

Jalan raya sempit Volendam dibanjiri pelancong dari seluruh dunia. Terdapat pelbagai kedai di sepanjang jalan. Kedai yang paling banyak ialah kafe dan restaurant. Di samping itu, kedai foto yang menyediakan servis kepada pengunjung juda boleh didapati.



Masuk ke sebuah kedai cenderamata yang penuh dengan pelawat dari Indonesia. Keadaan ini mengingatkan saya Doota di Dongdaemun, Seoul. Kini, kami bertemu dengan pelancong Indonesia dan pelancong Republik Rakyat China tidak kira ke mana-mana.

Saya yang gemar membaca membeli sebuah buku pelancongan Belanda. Isteri saya membeli beberapa gelang kunci. Selain gelang kunci, anda boleh membeli delft biru mini Belanda. Saya menyesal kerana tidak membeli delft biru mini itu. Jika tidak boleh muat naik untuk berkongsi dengan anda.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam
Muzium Dan Pusat Kraft Zaanse Schans

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.