Friday, November 30, 2012

Tolak Lynas Selamatkan Malaysia

Pelabuhan Kuantan

Walaupun rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya tentang isu Lynas, penghantaran nadir bumi dari Australia Barat telah tiba di Pelabuhan Kuantan. Sebahagian daripada nadir bumi itu telah dipindahkan ke Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan.

Lynas

Menurut laporan media Malaysia, Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng akan mula beroperasi pada awal Disember.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa menentang pembinaan Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng. Namun kerajaan BN mengabaikan pendapat awam dan luluskan permohonan Lynas Advanced Materials Plant.

Oleh kerana kerajaan BN tidak pedulikan hak kita, maka kita terpaksa menggunakan undi untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang menjelang.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
714 Himpunan Menolak Lynas
Konsert Bersih Dan Anti-Lynas

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.