Tuesday, November 20, 2012

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Perkhidmatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terhenti ketika lampu landasan pendaratan rosak. Lapangan tersebut ditutup dua malam berturut-turut setelah insiden itu berlaku.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia. Kerosakan lampu landasan pendaratan menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan. Ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang.

Kami bercuti di KK pada awal Oktober. Mujurnya perjalanan kami selesa dan selamat kembali ke rumah.


Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Sekiranya anda tiada pengangkutan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KK, anda perlu menaiki teksi ke hotel yang anda telah menempah. Kebanyakan hotel di KK terletak di pusat bandar. Tambang teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa KK ke pusat bandar KK sebanyak RM 30.

Sebelum menaiki teksi, anda harus membeli tiket di kounter teksi lapangan terbang. Selepas membeli tiket, keluar dari pintu laluan lapangan terbang untuk menaiki teksi ke KK.


Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Seperti anda boleh lihat dari gambar, teksi lapangan terbang berwarna putih. Tunjuk tiket kepada pemandu teksi, dia akan membawa anda ke destinasi berdasarkan informasi tercatat di tiket.

Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Jika anda ingin menyewa kereta, informasi boleh didapati di sudut menyewa kereta. Terdapat beberapa syarikat menyediakan sewa kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa KK.

KK Leisure Tour And Rent A Car Sdn Bhd
Address: 14,Lot 7,Block A, First Floor, Asia City, 88000 KK
Contact: Terminal 1 (Mas) 088-413550, Terminal 2 (AirAsia) 016-8799136

KMT Global Rent A Car And Tours Sdn Bhd
Address: Wisma Sabah, Jalan Tun Faud Stephen, 88300 KK
Contact: 016-8865963, 016-8895963, 088-223022, 088-239963

Borneo Express Rent A Car And Tours Sdn Bhd
Address: No 9, Level 1, Terminal 2, KK International Airport
Contact: Terminal 1 (Mas) 016-8860771, Terminal 2 (AirAsia) 016-8860783

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.