Friday, September 7, 2012

A Samad Said Berjuang Bersama Bersih

A Samad Said

Pengerusi Bersama Bersih A Samad Said merupakan salah seorang tetamu kehormat yang muncul di Konsert Bersih dan Anti-Lynas Melaka pada 13 Julai.

A Samad Said ialah seorang penyair dan novelis Malaysia yang terkenal. Beliau telah dianugerahkan berturut-turut demi karya sastranya yang cemerlang. Antara pencapaian luar biasa beliau termasuk Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (1985) and Sasterawan Nusantara (1999).

Selain daripada pengiktirafan dalam bidang sastera, A Samad Said juga dikurniakan "Datuk" oleh Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 1997. "Salina", novel A Samad Said yang paling popular telah disiapkan dalam tahun 1958 dan diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1961.

Oleh kerana tidak puas hati terhadap Barisan Nasional, A Samad Said berazam untuk menyertai Bersih dan dan terlibat secara aktif dalam gerakan sosial sejak 2011. Malah cendekiawan juga membantah kerajaan, terbukti transformasi BN telah ditolak oleh rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Panda Malaysia Altantuya Dan Scorpene
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap
Pencegah Pengundi Hantu Hishamuddin Rais

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.