Selepas meninggalkan  Universiti Hanyang, Kami meneruskan ke sebuah restoran mini Cina di Seongdong-gu  Seoul untuk makan tengah hari.
Restoran mini Cina terletak tidak jauh  dari kampus Seoul Universiti Hanyang. Hanya memerlukan beberapa minit berjalan  kaki. Tiba di restoran tersebut, kami naik ke tingkat dua. Ruang restoran yang  sempit penuh sesak dengan pelangan. Selain itu, terdapat sebuah tungku pemanas  dan tiga buah meja panjang di dalam restoran.
Anak saya menempah mi  pedas, ayam goreng dan mi sos goreng. Jus langit yang tidak berhenti mengalir  dibekal dengan percuma. Saya dan isteri berkongsi mi sos goreng. Anak saya makan  mi pedas. Kami berkongsi goreng ayam yang ranggup itu. Bayaran hidangan itu  sebanyak 11 ribu won. Harganya sungguh ekonomi dan berpatutan.
Artikel Berkaitan
Plaza Hanyang Universiti Hanyang
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan
Artikel Berkaitan
Plaza Hanyang Universiti Hanyang
Hotel Airport Incheon Korea Selatan
Kia Sedan Mewah K7 Korea Selatan
 

 
 
 
 
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.