
Gambar  terpapar di atas ialah Gyotaejeon Istana Gyeongbok. Gyotaejeon dijadikan tempat  kediaman permaisuri semasa Dinasti Joseon Korea.
Istana  Gyeongbok yang terletak di utara Seoul merupakan salah satu daripada lima istana  Dinasti Joseon Korea. Sebagai sebuah istana purba, Istana Gyeongbok amat sesuai  untuk penggambaran filem dan drama televisyen keluarga diraja.
Patung-patung  zodiak yang berada dalam Istana Gyeongbok mendedahkan pengaruah kebudayaan Cina  di Korea Selatan. Menurut pemandu pelancong, mengambil gambar dengan patung  zodiak anda akan membawa anda nasib baik. Saya tidak membuat demikian, jika  tidak mungkin saya telah menjadi kaya raya.
Selain  patung-patung zodiak Cina, terdapat tiang-tiang kayu yang diukir dengan kepala  manusia di Istana Gyeongbok. Tiang-tiang kayu itu bertujuan untuk menakutkan  syaitan. Peranan tiang-tiang kayu itu seolah-olah dewa pintu dan dewa tanah  orang Cina.
Lambang Pulau  Jeju---Dolharubang juga muncul dalam kawasan Istana Gyeongbok. Orang Korea  Selatan menganggap Dolharubang sebagai santo penaung Pulau Jeju.
Berdasakan  cerita rakyat Korea Selatan, wanita yang mandul akan hamil setelah membelai  Dolharubang. Kepala Dolharubang mirip kelamin lelaki. Itulah sebabnya ada  legenda sebegini.
Pautan Berkaitan
Istana Deoksu Korea Selatan
Muzium Rakyat Korea Selatan
Everland Theme Park Korea Selatan
Pautan Berkaitan
Istana Deoksu Korea Selatan
Muzium Rakyat Korea Selatan
Everland Theme Park Korea Selatan
 




 
 
 
 
oh south korea!
ReplyDeletemiss the place, was there back in 2003 =)
nak pegi koreaaaaaa........
ReplyDeletethanks for the info. kunjungan balas oleh bspotgurl melawat bumi korea :)
ReplyDeleteWow. very good.
ReplyDelete