Saturday, April 24, 2010

Katak Politik 1Malaysia

Katak
Katak politik ialah sejenis makhluk khusus dan digolongkan sebagai khazanah kebangsaan di Malaysia. Ia amat berharga kerana mempunyai kepakaran melompat yang luar biasa. Disamping itu, tabiat amfibianya benar-benar menakjubkan. Tiada katak di mana-mana negara di dunia boleh berbanding dengan katak politik 1Malayisa.

Bangunan Dewan Undangan Perak
Tanpa bukti yang kukuh mungkin anda akan menganggap bahawa saya cakap besar. Raja Monyet dalam novel Cina "Perjalanan Ke Barat" melakukan kekacauan di syurga tetapi katak politik 1Malaysia menimbulkan kacau-bilau di Dewan Undangan Perak. Mereka akhirnya berjaya menggulingkan Kerajaan Perak yang dipilih oleh rakyat dan menyokong Kerajaan Barisan National yang ditetapkan oleh mahkamah.

Pengeluaran Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti-parti sesungguhnya perbuatan yang memalukan kerana mengkhianati rakyat yang memberi mandat kepada mereka. Katak politik bahkan menerima elaun mereka yang merupakan wang pembayar cukai. Adakah ini nilai murni 1Malaysia yang diutarakan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak?

Tidak dinafikan bahawa melompat parti adalah penghinaan kebangsaan 1Malaysia. Sama ada melompat daripada Pakatan Rakyat ke Barisan National atau sebaliknya memang tidak bermoral dan harus dilarang.

Pautan Berkaitan
Saya Pun Melayu

8 Mac Hari Malaysia Bangun

Muhyiddin Patut Mengutamakan Zaid


5 comments:

  1. Sharing yang menarik shob, baru tau kalo katak lebih pintar dari kera sakti

    ReplyDelete
  2. Dunia iklan online:
    Katak 1Malaysia memang bijak belaka.

    ReplyDelete
  3. uhhuhh.katak ni boleh racunkan tak?kasi pupus.aman dunia.haha.

    ReplyDelete
  4. Akufobia:
    Eh, tidak boleh meracunkan katak ini kerana ia khazanah 1Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Biasa orang cina suka makan katak,sekarang katak makanan umno

    ReplyDelete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.