Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Razak berhasrat untuk mencapai matlamat  1 Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan & Prestasi Diutamakan". Timbalan Perdana  Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah berbeza pandangan dengan Datuk Sri  Najib Razak kerana beliau berulang kali mengutarakan "Keutamaan Melayu".
 Oleh kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap bahawa Melayu patut diberi  keutamaan maka beliau harus menyokong calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim  yang berketurunan Melayu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 Mac. Namun  Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menepati janjinya. Beliau bukan sahaja menyokong  P. Kamalanathan yang berketurunan India tetapi juga mengecam Datuk Zaid Yassin.
Sebagai peminpin yang tulus, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menunjukkan  keikhlasannya berkempen untuk rakan Melayunya---Datuk Zaid Ibrahim. Kalau  tidak, pendapat beliau mengenai "Keutamaan Melayu" hanya jenaka kebudak-budakan.
Saya Pun Melayu
8 Mac Hari Malaysia Bangun
Renungan Jamaluddin Ibrahim
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.