Friday, April 24, 2009

Blogger Hebat Tun Dr. Mahathir Mohamad



Share

zuiyanhong

Kehidupan selepas persaraan sangat membosankan. Ini merupakan pendapat orang yang bodoh. Mereka seolah-olah hidup untuk bekerja sahaja. Mereka mulai menunggu kematian setelah mereka bersara. Ini sebenarnya tidak munasabah.


Saya mulai menulis blog selepas bersara. Saya menikmati menulis blog dan mengemaskinikan pengetahuan saya melalui hobbi ini. Kebetulan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga seorang penulis blog. Ini membuktikan bahawa seseorang pesara boleh hidup dengan meriah sekiranya ia dapat menggunakan masa dengan bijaksana.

zuiyanhong
Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang ahli communiti blog saya di laman web rangkaian sosial--Mybloglog. Saya tidak pernah menjangka yang ini akan berlaku walaupun dalam impianku.

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Tidak perlu bagi saya bercerita mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad kerana anda boleh melawat blognya dan membaca artikelnya. Satu-satunya perkara yang saya hendak menyentuh di sini adalah berhubung dengan zaman kanak-kanaknya.

Berdasarkan sebuah buku teks Bahasa Cina SRJK (C), Tun Dr Mahathir Mohamad menjual pisang goreng untuk dapat wang sakunya semasa beliau seorang budak. Saya sentiasa mengalakkan pelajar-pelajar untuk berusaha sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dapat mencapai kejayaan cemerlang.

0 comments:

Post a Comment