Sunday, April 26, 2009

Blogger 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak

Najib
Anda telah ketinggalan zaman sekiranya anda bukan seorang penulis blog di Malaysia pada masa kini. Saya bukan cakap besar kerana Perdana Menteri Keempat Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Baru Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kedua-dua mereka adalah penulis blog.

Saya telah menulis sebuah artikel berhubung dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini saya akan menulis tentang Datuk Seri Najib Tun Razak. Blogger 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam pada 03/04/2009.

Dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pembebasan 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan membatalkan larangan dua buah penerbitan. Selain itu, beliau juga berjanjin akan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menjadi seorang pemimpin untuk semua rakyat Malaysia.

Sebagai seorang warganegara Malaysia saya amat kagum terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau mendakwa dirinya sebagai perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia. Adakah perdana menteri bekas yang lain hanya pemimpin untuk golongan orang tertentu sahaja?

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.