Monday, August 11, 2014

Kalverstraat Amsterdam


Kalverstraat

Kalverstraat merupakan satu persiaran membeli-belah di Amsterdam, Belanda.

Peta Kalverstraat

Peta Google ini jelas menunjukkan kedudukan sepanjang Kalverstraat di Amsterdam.

Menara Munttoren

Lebih kurang 750 meter jaraknya, Kalverstraat bermula dari Dataran Dam dan berakhir di Menara Munttoren.

Kalverstraat

Hanya pejalan kaki kelihatan di Kalverstraat. Oleh itu, anda boleh membeli-belah dengan selesa di Kalverstraat.

Kalverstraat

Kalverstraat sentiasa dibanjiri pelawat termasuk penduduk Amsterdam dan pelancong dari seluruh dunia.

Amsterdam H & M

Bangunan H & M yang berada di Kalverstraat. H & M (Hennes & Mauritz AB) adalah sebuah syarikat pakaian Sweden. Syarikat ini reka bentuk dan meruncit fesyen untuk wanita, lelaki, pemuda dan kanak-kanak.

Store For Brands

Store for Brands ialah pasar raya yang menyediakan ruang untuk mempromosi barangan jenama.

Susun atur gerai berkenaan akan diselaraskan dengan identiti jenama tersebut. Biasanya dua minggu sekali, satu kempen sejenis jenama baru dikendalikan di Store for Brands.


Kalverstraat

Kedai buku De Slegte terletak di sebelah kanan Kalverstraat. De Slegte menjual buku baru dan buku terpakai.

Kedai Mango bertentangan dengan De Slegte di sebelah kiri jalan. Terdapat pelbagai beg, topi, kasut, pakaian, barang kemas, barangan kulit dan cermin mata hitam dijual di Mango.


Kalverstraat

Sekiranya anda melancong di Amsterdam, jangan terlepas peluang berkunjung ke Kalverstraat yang meriah tiap-tiap hari.

Kebanyakan kedai di Kalverstraat membuka 7 hari seminggu. Masa perniagaan setiap kedai berbeza. Ada yang membuka pada 10 pagi dan ada yang bermula berniaga pada 11 pagi. Masa tutup ialah pada 6 petang tetapi hari Khamis tutup pada 9 malam.

Post Berkaitan
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.