Sunday, April 27, 2014

Pelayaran Terusan Amsterdam

Terusan Amsterdam

Terdapat melebihi seratus terusan di ibu kota Belanda, Amsterdam.

Terusan Amsterdam

Oleh kerana terusan silang-menyilang, Amsterdam digelar sebagai "Kota Raya Terusan".

Pelayaran Terusan Amsterdam

Mengalami pelayaran terusan merupakan peluang yang menarik ketika melancong di Amsterdam.

Pelayaran Terusan Amsterdam

Didapati banyak syarikat menyediakan perkhidmatan pelayaran terusan kepada pelancong dari seluruh dunia di Amsterdam.

Syarikat Pelayaran Lovers

Syarikat Lover ialah salah sebuah syarikat pelayaran terusan di Amsterdam. Gambar ini menunjukkan sebuah bot Syarikat Lovers melalui Hotel Ibis dan tempat meletak basikal.

Pelayaran Terusan Amsterdam

Bot pelayaran terusan ini sungguh istimewa kerana khas untuk dua orang. Anda boleh menyewa sebuah bot jika ingin menikmati keindahan Amsterdam dalam suasana romantik.

Dutchman Terapung

Anda juga boleh menaiki Floating Dutchman melayar terusan Amsterdam. Dimiliki Syarikat Lovers, Floating Dutchman ialah kenderaan amfibia yang boleh digunakan di darat dan dalam air.

Pelayaran Terusan Amsterdam

Satu lagi foto pelayaran terusan Amsterdam. Sebuah bot pelayaran terusan hantar penunpang ke jeti. Di seberang terusan, ramai pelancong sedang menunggu giliran untuk menaiki bot pelayaran.

Rumah Bot Amsterdam

Pelbagai rumah bot boleh dilihat di sepanjang terusan-terusan Amsterdam.

Ada rumah bot dijadikan kediaman penduduk Amsterdam. Ada rumah bot dijadikan kafe, restoran dan muzium. Selain itu, ada rumah bot terbengkalai saja.


Rumah Amsterdam

Duduk dalam bot pelayaran terusan yang selesa, anda dapat menyaksikan bangunan dan pemandangan Amsterdam yang amat nostalgia.

Seperti yang anda lihat dalam gambar, bangunan Amsterdam memang berbeza dengan bangunan Malaysia.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Kincir Angin Pesona Belanda
Menikmati Kopi Di Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.