Tuesday, July 15, 2014

Restoran Scott Bukit Fraser


Restoran Scott

Selepas menikmati kopi aroma di Rumah Asap, kami beralih ke Restoran Scott untuk makan tengah hari.

Restoran Scott

Terletak di Pekan Bukit Fraser, Restoran Scott merupakan sebuah bangunan berunsur seni bina rumah desa England.

Nasi Goreng Makanan Laut

Kami berkongsi sepinggan nasi goreng makanan laut. Nasi goreng makanan laut hidangan Restoran Scott sungguh enak.

Teh Inggeris

Pagi itu kami minum kopi di Rumah Asap, kami merasai teh Inggeris setelah makan tengah hari di Restoran Scott.

Restoran Scott

Kaunter bayaran Restoran Scott amat istimewa. Tidak pasti sama ada kaunter ini mirip kaunter restoran di England.

Jam Antik

Sebuah jam antik yang tergantung di dindin Restoran Scott. Jam antik unik ini menggambarkan suasana vintaj di Restoran Scott.

Kasut Kayu

Selain jam antik, sebuah kasut kayu dijadikan pasu bunga. Ternampak kasut ini, teringatlah saya tentang kasut kayu Belanda di Simonehoeve.

Restoran Scott

Gambar ini ialah taman mini yang terdapat di luar Restoran Scott. Anda boleh berehat sambil mangamati pemandangan indah Bukit Fraser di taman mini.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Medan Selera Bukit Fraser
Taman Awam Bukit Fraser
Malam Pesona Bukit Fraser
Jalan Sehala Ke Bukit Fraser
Resort Silver Park Bukit Fraser

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.