Monday, February 1, 2010

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010
Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka Ke-2 selama dua hari (30/01/2010 hingga 31/01/2010) telah berjaya diadakan di Kota Laksamana, Melaka. Kelab Layang-Layang Semenanjung Malaysia merupakan penganjur pesta meriah ini.

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010
Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka Ke-2 mendapat sambutan menggalakkan. Sebanyak puluhan peminat layang-layang tempatan dan luar negara menyertai temasya ini. Menurut maklumat yang tercatat dalam risalah pesta tersebut, negara dan daerah yang mengambil bahagian termasuk Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Macau, Taiwan, Vietnam, China, Indonesia, India dan Austria.

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010
Terdapat aneka bentuk layang-layang diterbangkan oleh pelayang-pelayang. Orang ramai yang turut serta terhibur dengan pelbagai corak layang-layang yang ditunjukkan.

Pautan Berkaitan :
Pasar Makanan Ramadan Merlimau

India Kecil Melaka--Jalan Bendahara

Perayaan Hari Kanak-Kanak Di Malaysia


3 comments:

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.