Saturday, January 9, 2010

Kraf Tangan Korea Selatan


Saya melancong ke Korea Selatan bersama keluarga pada 2005. Semasa berada di Korea Selatan, saya membeli berapa cenderamata yang murah dan comel. Patung dalam gambar terpapar di atas adalah salah satu kraf tangan Korea Selatan yang saya beli.
Terdapat sepuluh patung yang berpakaian tradisional Korea dalam satu set dan berharga 6000 hingga 7000 Won ( Wang Korea Selatan). Kraf tangan yang murah dan cantik ini mempunyai pelbagai kegunaan. Ia boleh diguna sebagai gelang kunci, penghias telefon bimbit dan magnet untuk melekat pada peti ais dan papan kenyataan.

Anda boleh membeli kraf tangan kegemaran anda di warung tepi jalan atau di pusat beli belah. Sekiranya anda melancong ke Korea Selatan, ingat membeli cenderamata untuk kanak-kanak sebagai kenangan.


4 comments:

  1. Nice and cheap souvenir. Buatan tangan ye nie? Hehehe... baru teman tau yang duit korea rendah macam duit rupiah.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya berkunjung negara org... Nice souvenir tu... :D cute je...

    ReplyDelete
  3. 孤傲的王子:
    The the souvenir is very nice and cute! Remember to buy some when traveling in South Korea.

    Dak Wan:
    Cenderamata ini buatan tangan. South Korean Won lebih tinggi sikit.

    Nba-Nur:
    Melancong memang seronok tetapi kena banyak belanja.

    ReplyDelete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.