Thursday, April 30, 2009

 Hotel Regalodge Ipoh

Hotel Regalodge Ipoh
Selepas meninggalkan Penang, kami bertolak ke Ipoh untuk melawat seorang kawan isteri saya. Kami menginap di Hotel Regalodge Ipoh untuk semalam.

Hotel Regalodge terletak di pusat bandar Ipoh. Menginap di Hotel Regalodge merupakan pilihan munasabah sama ada anda bercuti atau bertugas di Ipoh. Terdapat pelbagai makan lazat Ipoh di sekitar Hotel Regalodge. Anda boleh membeli belah dengan puasnya kerana Ipoh Parade, Memory Lane Bazaar, Greentown shops and Jusco Kinta City tidak jauh dari Hotel Regalodge. Pusat perdagangan dan kewangan utama Ipoh dalam jarak berjalan kaki dari Hotel Regalodge.

Hotel Regalodge IpohTV LCD
Hotel Regalodge Ipoh Katil Selesa
Hotel Regalodge Ipoh Bilik Air Bersih
Hotel Regalodge IpohCerek Elektrik

Hotel Regalodge ialah sebuah hotel 3 bintang yang ada 86 buah bilik tetamu. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di bilik tetamu termasuk television LCD, penyaman udara, katil selesa, bilik air bersih, cerek elektrik, perkhidmatan internet wifi dan pengering rambut.

Hotel Regalodge mempunyai kemudahan rekreasi seperti spa, gim, jacuzzi dan pusat urut kaki supaya tetamu dapat menenangkan jasmani dan rohani ketika menginap di Hotel Regalodge.

Hotel Regalodge Ipoh
Cafe Angsana menyediakan masakan lazat Malaysia. Kami terpaksa berjamu malam di Cafe Angsana karana hujan lebat pada malam itu. Kami kecewa dengan makanan yang disediakan oleh Cafe Angsana.

Kami akan 100% berpuas hati menginap di Hotel Regalodge jika makanan yang dihidangkan oleh Cafe Angsana itu sungguh enak.

2 comments:

  1. Bilik Regalodge Hotel Ipoh memang baik! Harga bilik munasabah, hanya Rm116 untuk Superior Room saja!

    kunjunglah Google cari Regalodge Hotel Ipoh

    ReplyDelete
  2. Hi,

    Great info
    We have linked your site :)

    ReplyDelete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.