
Selepas meninggalkan Penang, kami bertolak  ke Ipoh untuk melawat seorang kawan isteri saya. Kami menginap di Hotel  Regalodge Ipoh untuk semalam.
Hotel Regalodge terletak di pusat bandar Ipoh. Menginap di Hotel Regalodge merupakan pilihan munasabah sama ada anda bercuti atau bertugas di Ipoh. Terdapat pelbagai makan lazat Ipoh di sekitar Hotel Regalodge. Anda boleh membeli belah dengan puasnya kerana Ipoh Parade, Memory Lane Bazaar, Greentown shops and Jusco Kinta City tidak jauh dari Hotel Regalodge. Pusat perdagangan dan kewangan utama Ipoh dalam jarak berjalan kaki dari Hotel Regalodge.
 Cerek Elektrik
Cerek Elektrik
Hotel  Regalodge ialah sebuah hotel 3 bintang yang ada 86 buah bilik tetamu.  Kemudahan-kemudahan yang terdapat di bilik tetamu termasuk television LCD,  penyaman udara, katil selesa, bilik air bersih, cerek elektrik, perkhidmatan  internet wifi dan pengering rambut.
Hotel Regalodge mempunyai kemudahan rekreasi seperti spa, gim, jacuzzi dan pusat urut kaki supaya tetamu dapat menenangkan jasmani dan rohani ketika menginap di Hotel Regalodge.
Hotel Regalodge mempunyai kemudahan rekreasi seperti spa, gim, jacuzzi dan pusat urut kaki supaya tetamu dapat menenangkan jasmani dan rohani ketika menginap di Hotel Regalodge.
 
 
 Cafe Angsana  menyediakan masakan  lazat Malaysia. Kami terpaksa berjamu malam  di Cafe Angsana  karana hujan lebat pada malam itu. Kami kecewa dengan makanan yang disediakan oleh Cafe Angsana.
Kami akan 100% berpuas  hati menginap di Hotel Regalodge jika makanan yang dihidangkan oleh  Cafe Angsana itu sungguh enak.
 



 
 






 
