Sunday, September 29, 2013

Menara Jam Atkinson Kota Kinabalu

Menara Jam Atkinson

Terletak di bawah Bukit Signal, Menara Jam Atkinson merupakan mercu tanda terkenal di KK, Sabah. Siap dibina pada tahun 1905, Menara Jam Atkinson ialah bangunan yang paling lama di Kota Kinabalu.

Atkinson dilantik menjadi pegawai daerah pertama Jesselton (Kota Kinabalu) oleh Syarikat Borneo Utara British. Malangnya beliau meninggal dunia pada usia 28 kerana dijangkiti penyakit malaria. Ibu Atkinson, Puan Mary Edith Atkinson membina menara jam untuk mengenang anaknya.

Walaupun mengalami perang dunia kedua, Menara Jam Atkinson masih dijadi panduan kapal yang memasuki Pelabuhan Jesselton. Oleh kerana kini terdapat banyak bangunan tinggi di Kota Kinabalu, Menara Jam Atkinson tidak lagi berperanan sebagai penunjuk arah.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ambil Angin Di Pulau Sapi
Hotel Eden 54 Kota Kinabalu
Jalan Gaya Kota Kinabalu Sabah
Bangunan Infor Pelancongan KK

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.