Sunday, October 19, 2014

Dari Macau Ke Hong Kong


Hong Kong Central

Ketika kami melancong di Macau, kami beralih ke Hong Kong pada hari ketiga.

Pelabuhan Luar Macau

Kami pergi ke Hong Kong dengan menaiki feri turbojet dari terminal feri di Pelabuhan Luar Macau.

Feri Turbojet

Gambar ini merupakan feri turbojet yang kami menaiki dari Macau ke Hong Kong.

Tiket Feri Turbojet

Harga tiket feri turbojet kelas ekonomi sebanyak HK 148.00. Terdapat perbezaan antara harga tiket waktu siang dan malam. Harga tiket feri turbojet perjalanan malam lebih mahal.

Heliport Shun Tak

Feri tiba di Hong Kong dan berlabuh di Shun Tak Heliport. Masa pelayaran dari Macau ke Hong Kong lebih kurang 55 minit.

Heliport Shun Tak

Selain feri turbojet, perkhidmatan helikopter juga tersedia kepada penumpang yang pergi balik Macau dan Hong Kong.

Bazaar Western

Western Market ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak berdepan dengan Shun Tak Heliport. Oleh kerana kesuntukan masa kami tidak masuk ke Western Market.

Hong Kong Tram

Kebetulan sebuah tram melalui semasa kami berada di jejantas untuk melintas dari Bangunan Shun Tak ke New Market Street.

Ho Fan Daging Lembu

Kami makan tengah hari di medan selera berhampiran dengan Western Market. Arr......agak lama kami tunggu kerana waktu itu masa makan tengah hari.

Teh

Teh ini dibekal dengan percuma untuk pelanggan. Anda boleh minum teh ini atau mengguna untuk membasuh penyepit.

Longkang

Benda yang berlubang-lubang itu ialah penutup longkang. Setelah membasuh penyepit, teh itu dituang ke dalam longkang.

Jalan Wing Lok

Post Hong Kong seterusnya, saya akan berkongsi foto dan informasi kami melancong di Hong Kong.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Happy Valley Hong Kong
Teluk Repulse Hong Kong
Lan Kwai Fong Hong Kong

4 comments:

  1. Replies
    1. Melancong memang best tetapi duit habis dibelanja.

      Delete
  2. Bestnya dapat melancong. Blog yang menarik by the way.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melancong best tetapi banyak duit telah dibelanja.

      Delete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.