Thursday, November 20, 2008

Lan Kwai Fong Hong Kong

Lan Kwai Fong
Ketika kapal terbang mendarat di Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Pulau Lantau, langit Hong Hong sudah mulai gelap.
Kami menaiki bas persiaran yang disediakan oleh syarikat pelancongan ke sebuah restoran dan makan malam di sana. Setelah berpuas makan, kami beralih ke Lan Kwai Fong untuk menerokai tempat hiburan malam yang terkenal di Hong Kong.
Lan Kwai Fong
Lan Kwai Fong merupakan sebuah tempat hiburan malam termoden yang terang benderang sepanjang malam. Persekitaran Lan Kwai Fong sesuai untuk membuat penggambaran filem dan drama televisyen. Anda berpeluang bersua dengan bintang pujaan anda di Lan Kwai Fong jika bernasib baik.
Lembaga Pelancongan Hong Kong bertungkus lumus memperkenalkan Lan Kwai Fong kepada seluruh dunia. Kini, Lan Kwai Fong bukan sahaja sebagai tempat minum serta makan bersama kawan dan berlepak pada waktu malam, ia juga menjadi destinasi yang mesti dilawati pelancong.
Lan Kwai Fong adalah sebatang jalan berbentuk huruf L yang terletak di Daerah Central di Hong Kong. Terdapat banyak pub, restoran dan kelab malam di Lan Kwai Fong. Sebaik saja malam bermula, lampu neon akan menerangi Lan Kwai Fong. Orang ramai berpusu-pusu ke Lan Kwai Fong sepanjang malam. Suasana di Lan Kwai Fong akan menjadikan anda berasa muda.
Oleh kerana Lan Kwai Fong telah menjadi sebutir mutiara, Lembaga Pelancongan Singapura juga klonkan Clarke Quay sebagai Lan Kwai Fong.
Sekiranya anda menggemari hiburan malam, anda harus berkunjung ke Lan Kwai Fong semasa berada di Hong Kong.

1 comment:

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.