Saturday, August 23, 2014

Gambar Rokin Amsterdam


Rokin Amsterdam

Kami berjalan di sepanjang Rokin dan menuju ke Dataran Dam selepas menikmati makan malam di Restoran La Place.

Peta Rokin Amsterdam

Rokin merupakan sebatang jalan selari dengan Kalverstraat. Peta Google ini menunjukkan kedudukan Rokin di Amsterdam.

Terusan Rokin

Terusan Rokin mengalir di sisi Rokin. Anda boleh menaiki bot terusan ke Rokin. Penduduk Amsterdam meletakkan basikal dan motosikal di tepi pagar terusan.

Rondvaart Kooij

Rederij Kooij adalah sebuah syarikat bot yang menyediakan pelayaran terusan di Amsterdam. Jeti utama Rondvaart Kooij dibina di Oude Turfmarkt di seberang Terusan Rokin.

Rokin Amsterdam

Terdapat satu perhentian tram di Rokin berhampiran dengan Restoran La Place. Sekiranya anda tidak ingin berjalan, anda boleh menaiki tram no 4, 9, 14, 16, 24 dan 25 ke Restoran La Place.

Hotel De L' Europe

Bangunan di hujung Oude Turfmarkt ialah Hotel De L' Europe. Pada awalnya, saya fikirkan bangunan itu Heineken Gallery. Setelah mencari di internet secara mendalam baru dapat tahu salah sangka.

Bank Ing

Ini foto Bank Ing Amsterdam Cawangan Rokin. Ing ialah sebuah institusi kewangan sedunia Belanda yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perbankan, pelaburan, insurans hayat dan perkhidmatan persaraan.

Restoran Mandarijn

Didapati sebuah restoran Cina di Rokin. Nama restoran tersebut ialah Restoran Mandarijn dan berada tidak jauh dari Madame Tussaud Museum. Kebetulan ada sebuah kedai urut di sebelah Restoran Mandarijn.

Restoran Subway

Dalam perjalanan ke Dataran Dam, kami melalui Restoran Subway. Restoran Subway ialah sebuah restoran rangkaian makanan segera Amerika yang menghidangkan sandwic enak. Di sebelah Restoran Subway ialah restoran India iaitu Restoran Koh-I-Noor.

Rokin Amsterdam

Gambar ini menunjukkan seorang wanita berjalan sambil bermain telefon bimbit. Seorang lagi wanita pula mengayuh basikal di sebelah kiri jalan.

Sebuah tram sedang menghampiri dari hujung jalan. Sebuah bas persiaran berwarna merah sedang berhenti bagi penumpang menaiki bas.


Rokin Amsterdam

Lokasi ini ialah Persimpangan Dataran Dam. Jalan bertentangan dengan Rokin ialah Damrak yang menuju ke Stesen Sentral. Jalan belok ke kanan ialah Paleisstraat dan ke kiri ialah Damstraat Amsterdam.

Tiba di Dataran Dam, kami menunggu bas persiaran menghantar kami ke Hotel NH di Schiphol.

Post Berkaitan
Muzium Amsterdam
De Wallen Amsterdam
Kedai Kopi Free Adam
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.