Tuesday, August 2, 2011

Anemon Laut Kawan Karib Ikan Badut

Anemon Laut

Adakah anemon laut bunga cantik lautan?

Meskipun mirip bunga anemon, sebenarnya buran atau anemon luat ialah sejenis haiwan lautan. Haiwan ini diberi nama anemon laut kerana kelihatan seperti bunga anemon.

Perhubungan anemon laut dengan ikan badut sungguh erat. Sesunggut warna-warni anemon laut berhayun dengan gemalai dalam air. Anemon laut menggunakan sesunggutnya bergerak, memburu makanan dan mempertahankan diri.

Sebagai karnivor, makanan anemon laut termasuk ikan kecil, plankton dan krustasia halus. Taburan geografi anemon laut amat luas. Amenon laut biasanya ditemui di dasar laut dan terumbu karang di perairan pantai.

Artikle Berkaitan
Ubur-ubur UFO 

Ikan Singa Berbisa
Naga Laut Berdaun
Discus Berlian Biru
Kisah Sotong Kurita
Piranha Perut Merah


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.